Thursday, September 28, 2017

TV Siri & Netflix

GAME OF THRONES

Seperti orang lain, aku juga peminat tegar Game of Thrones. Game of Thrones adalah epik siri yang ditayangkan kat HBO. Aku ingat masa pertama kali Syuq suruh aku tengok. Tak silap masa tu tengah season 3 dan kami masih belajar kat UiTm lagi. Aku pilih untuk tak tengok sebab aku macam under estimate lah lepas tu tak nak commit dengan TV siri. Yelah once you in, you in. Time tu memang tengah sibuk dengan thesis jadah jadah semua.
Akhirnya Syuq berjaya hasut aku tengok memalui Zuber. Lepas kitaorang kahwin which is tahun lepas.Masa tu tengah main season 6. Lepas Zuber tengok dan aku jealous tengok dorang borak hahaha dan Zuber insist untuk aku tengok GOT. Satu benda pasal aku, aku percaya taste aku dan Zuber sama. Bukan maknanya aku tak percaya taste Syuq duhhhhh tapi ada benda yang Syuq layan tapi aku tak layan. Jadi masa lepas kahwin aku dah berhenti kerja dan banyak spend time kat rumah dan cuma jadi PA Ayah. Aku ada masa terluang yang aku gunakan untuk catch up GOT dari season 1-5. Masa tu season 6 dah separuh jalan. Syuq dan Zuber siap larang aku masuk bilik komputer masa dorang tengah layan new episode. Tak nak kasi spoiler. Aku macam elehhhh takpe takpe tapi lepas habis whole season aku faham kenapa dorang tak bagi langsung aku tengok selagi belum habis semua.
So pendek cerita aku layan teruk kot siri GOT. Menyesal tak dengar cakap Syuq. kalau aku layan awal maybe boleh bagi aku idea masa aku buat tesis. Haih what to do. Benda dah lepas. In a way, GOT bagi satu kepuasan dan tanda tanya kat aku yang belajar penulisan skrip. Macam mana weh kau boleh buat cerita macam ni wehhhhh tolonglah. dan yang paling seronok bila dorang ada budget untuk realisasikan apa yang ada dalam skrip. I think that is the best thing that could happen to a production. Gembira weh bila kau boleh berkarya tanpa sekatan kewangan yang teruk. I mean memang ada limit tapi takde lah semua benda nak CGI.
Jadi sesiapa yang terasa teragak-agak untuk layan korang boleh cuba layan season 1 episod 1. Cliff hanger untuk episod 1 boleh membuatkan kau terjebak kalau GOT adalah kau punya stail story. Sekarang ni tinggal lagi satu season je. Mungkin akan tayang next year. dan untuk makluman aku catch up GOT sangat lah sekajap sebab aku ada masa terluang yang banyak dan aku tak tahan dengan cliff hanger dia. Jadi cepatlah aku habis.
Ada je orang yang tak boleh layan cerita ni, macam Ayah aku. Dia tak berapa favour fiksyen epik ni. Jadi next siri adalah orang yang suka cerita yang realistik dan tidaklah sefiksyen GOT.

NARCOS

Siri yang seterusnya adalah Narcos. Narcos adalah Netflix Original Series. Benda paling aku bahagia pasal siri ni adalah Netflix akan release 10 episod terus dalam Netflix! Jadi aku tak perlu tunggu. Aku boleh tengok ikut suka. Kalau boleh habis sehari, sehari suntuk lah aku layan Narcos ni. Narcos cerita tentang Godfather or King of Cocaine yang berleluasa di Colombia, Pablo Escobar dan macam mana agen DEA (Drug Enforcement Administration) iaitu Javier Pena dan Steve Murphy menumpaskan Pablo Escobar. Okay untuk tangkap Pablo ni memang bapak susah jadi ambil masa 2 season untuk tumpaskan beliau. Aku ingat dengan ketiadaan Escobar cerita ni kira habis lah kan? Oh no no no. Tidak semudah itu. Bila king dah tumpas mesti king baru akan naik. Jadi untuk season 3 yang mana aku dah habis tengok, memang power lah sebab apa power? Sebab DEA dah makin licik dan bijak untuk tak ulang kesilapan yang sama masa dorang nak dapatkan Escobar. Plus point dorang tak guna taktik yang sama untuk dapatkan the new king ni sebab geng baru ni ada 4 orang kepala besar. Dua Godfather yang lagi 2 tu HOD lah. Jadi toatal 4 orang dorang kena dapatkan untuk tumbangkan Cali Cartel. Permainan Cali Cartel jugak berbeza dengan permainan Escobar sebab Godfather mereka, Gilberto Rodriguez bijak dalam menyusun strategi perniagaan bila mana dia tak jadikan Cali tu macam blood bath. Berbeza dengan masa Escobar. Bloodbath everywhere. Gilberto pandai politik lah kiranya. Itu kesukaran untuk Pena, agen DEA untuk tumpaskan Cali Cartel. Sekarang ni aku tak sabar nak tunggu season 4. Tapi tulah bila kau habis cepat sangat untuk satu season, kau akan jadi restless nak tunggu next season. Tapi takpe, ada je series lain yang kau boleh layan.

Antara series lain yang aku layan adalah Stranger Things dan Lucifer. Ada masa aku akan tulis di sini.

Update : Location Manager untuk Narcos mati ditembak masa recce location dekat Mexico. So aku tak sure adakah Netflix masih nak teruskan show ni ataupun tidak. Tambah lagi adik kepada Pablo Escobar saman Netflix sebanyak 1Billion sebab menggunakan dia dan Pablo untuk buat cerita ni dan tak minta kebenaran daripada Escobar Inc. Hmmm the politic is on!

Tuesday, July 4, 2017

Sign of the times

For some reason
The song lingers around
The lyrics touched the heart
As he sang 'you can't bribe the door on your way to the sky'
Heart ache inside the chest
His soft voice let the heart feel the sadness of the mother
Hold on little child
Even for a minute you are a bless
For your mother
For your father
For the world
For everyone who loves you
Ever before seeing your face
You're brave than ever