Thursday, April 21, 2011

attitude bebeh!

Sebenarnya benda ni dah lama aku perhatikan. Baru hari ni aku rasa nak tulis pasal sikap. Aku tak pasti ianya sikap seluruh manusia di bumi atau cuma sikap manusia di Malaysia saja.


Gambarannya macam ni :


  

Pasti semua tahu itu troly. Yang buat aku selalu hangin bila orang yang dah pakai tu tak reti-reti nak letak kat tempat yang disediakan. Letak kat parking lot camtu ha. kang den kato kau bangang kang kau marah kek den pulak kan. Tak terfikir ke kat sudut tepi otak mu itu yang benda tu akan menyusahkan orang lain yang nak parking. Terutama kalau minggu baru dapat gaji. Parking dah lah penuh pastu tengok pulak ade orang parking troly yang dah pakai tu kat tempat parking kereta. Hello! kan tempat parking troly dah disediakan. Susah sangat ke kau nak parkingkan troly tu kat tempat yang sepatutnya. 


Itu baru pasal troly. Belum masuk pasal buang sampah merata-rata. Kau dah makan ke minum ke kau pegi la buang dalam tong sampah. Apa? Tak jumpa tong sampah? pegang lah dulu, takpun letak dalam beg kau yang beso gedabak tu. Ala nanti kotor la beg i. Oh kau pikir beg kau je tapi kau tak pikir ke kalau orang pandang kau dress up bukan main, tak kira lah kau laki ke perempuan tapi benda yang telah dididik dari kecil pun kita tak mampu nak praktikkan. 

Kita mesti suka kalau kita dalam keadaan bersih kan. Takkan kau tak suka tengok sekeliling kau pun bersih juga macam kau. Kan sedap mata memandang. 


Aku pasti kau tak suka orang marah kat kau kan. Aku jamin kalau kau buat apa yang telah dididik dari kecil pasti takde orang akan maki kau sesuka hati hanya sebab kau letak troly di tempat yang salah dan buang sampah merata-rata. Jadi takpe kalau kena tolak troly tu jauh sikit dan buang sampah dalam tong, mana tahu kita dah bantu orang tu dari kena darah tinggi , ye dak?


p/s: Men becomes respectable of his knowledge not his strength.

Tuesday, April 19, 2011

fucked up !

Aku patut rasa beruntung.


Kenapa aku kata macam tu?
Sebab bila aku baca kisah orang ter- fucked up (terfaktab - ini cilok) dengan manusia yang mempunyai DNA yang sama buat aku sedar. Bukanlah maksud aku tak pernah rasa terfaktab, cuma situasinya dengan orang yang berlainan DNA dengan aku. Alhamdulillah , aku masih boleh mengatasi semua tu dengan adanya kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa ada di sepanjang perjalanan.


Aku ingatkan kisah ibu bapa bencikan anak sendiri atau tidak langsung mempedulikan mereka hanya terlayar di layar skrin sahaja. Tak kira lah Astro Prima, Media Prima mahupun RadioTelevisen Malaysia. Kesian. Apalah yang ada di pangkal otak mereka ye. Aku nak tahu.


Apapun, terima kasih atas kasih sayang, didikan dan dorongan buat kesayangan-kesayangan.


Buat yang terfaktab dan masih terfaktab , Insyaallah sinar untuk kau ada. kau cuma perlu meniti jam yang berdetik dan tabah menunggu.




done and looking forward

Finally ,
MUET done !
*sengihsampaitelinga*

Sekarang nak tunggu lesen pulak selesai. Tinggal pra test this coming friday dan jpj yang belum set tarikh lagi.

Paling aku looking forward is hujung bulan 4 dan awal bulan 5 ade dua orang kawan aku nak melangkah ke gerbang perkahwinan dan sorang lagi nak mengikat tali pertunangan .


CONGRATULATION GIRLS !

30 April 2011 wedding Nurwati Ibrahim 
01 May 2011 lynn niesa engagement ceremony . my rock girl !
7 May 2011 Siti Hasimah Hashim wedding . she's one of my best girl !

insyaallah , aku pasti sampai untuk meraikan hari korang  :)) 


oh oh . Aku baru dapat satu lagi berita untuk 01 May 2011 , my faberet writer, blogger and ofcourse an actor juga akan mengikat tali pertunangan. Tahniah Zahiril Adzim.


Saturday, April 2, 2011

aizat -> H A P P Y B I R T H D A Y lil bro !





nak jerit :HAPPY BIRTHDAY ijat !


birthday cake .. yimmieh !

semalam 1 april sambut birhtday adik aku yang bongsu . btw , birthday dia 30 march hari tu , tapi dia kan budak sekolah lagi , duduk asrama pulak tu , jadi hujung minggu dia balik baru lah belikan kek untuk dia . 


birthday boy suka lah tu :))


tiup lilin ..

potong kek . sebelah tu muka orang lapar .. haha

jahat aku kan . selalu buli kakak aku yang sorang ni . sebenarnya orang sebelah tu lah belikan kek ni .. terima kasih kak long !

budak-budak yang tak reti kenyang :p

dah makan kek , sambung makan nasi pulak . aku kan orang melayu . mesti nak nasi . haha .


ok tu je untuk kali ni . adiosta !