Wednesday, November 23, 2011

jika 'senjata' berada di tangan


kalau di tangan aku ini ada pistol
alamatnya kepala kau dah berlubang
dengan peluru laju yang muntah
yang picunya ditarik oleh aku.

kalau di tangan aku ada pasu bunga
pasti kau tak sedarkan diri
dibaling tepat ke kepala
biar berdarah kepala kau.

kalau di tangan aku ada pisau belati
nasib kaulah kalau ia terbenam ke perut kau
ditikam bertalu-talu
asalkan aku puas hati!

kalau di tangan aku ada bom
lama dah aku baling terus pada kau
berkecai berderailah kau
aku pasti ketawa puas!

tapi aku tahu ada satu 'senjata' teragung aku
yang pasti kau tak mampu tanggung
ketika aku mula DIAM

jadi tolong pastikan
jangan ingat aku ketika waktu susahmu sahaja
kerana inilah yang akan kau hadapi
jika itu kau perlakukan.


HAHAHAHA *evil laugh*


PP,S.Alam
23rd Nov 2011,10:27am
pagi-pagi dah sewel ;p

Saturday, November 12, 2011

while SHE was here

bila dia berada di sini
pasti ingatan dia singgah pada kau
apatah lagi jaraknya hanya sekerat cuma
walau kau tidak dia nampak
tapi dia tahu kau ada
ingatkan sempat bertemu muka
sempena walimah rakan
nampak jodoh itu tidak kesitu
malah dijauhkan lagi dari dia
atas sebab esok hari ahad
hari yang tak disukai pelajar
yang seronok dapat pulang ke sangkar asal
namun kena balik semula ke hutan belantara
walau kenangan dia dan kau
tidak seindah mana
lebih banyak perit
namun kau dan dia pernah berkawan
satu masa dulu ..



Here the song from Eric Clapton - Tears in Heaven







*Dedicated to one of ex friend dia sebab kau dah unfriend dengan dia dekat facebook kau 



ALOR GAJAH, MELAKA
1100 AM


Wednesday, November 9, 2011

a quote

just want to share :


"Before he said I do, she should have found out what he did"
- Movie poster : True Lies(1994) directed by James Cameron.






Tuesday, November 8, 2011

M.A.A.F. kan aku -.-

Maafkan aku
atas ketelanjuran
atas kata-kata
atas tindakan
atas ketidakmatangan
atas salah sangka
atas penilaian
atas carutan
atas fikiran negatif
malah
atas segalanya ..

aku manusia yang ada mood gilanya
sama macam kau juga..






P/s : mood swing aku dah hilang. Terima kasi Geng atas nasihat kau tadi dan kesabaran kau selama ni. 






Alor gajah, Melaka
23:42
berfikirsemulasegalatindakan