Saturday, September 24, 2011

NEW environment



Masuk minggu ni dah dua minggu aku berada di dalam suasana baru, di tempat baru, kawan-kawan baru dan segalanya baru. Alhamdulillah setelah empat bulan aku mendidik kini tiba masa untuk aku pula dididik. Memang itu lumrah. manusia akan sentiasa belajar dan mengajar. takkan dapat ilmu kalau tak  dikongsi.memetik kata-kata salah seorang pendidik, ilmu yang disampaikan kepada orang lain adalah ilmu yang bermanfaat dari ilmu yang disimpan ketat. 

Dunia kolej dan Universiti memang berbeza. Dulu kalau nak daftar subjek semua manual tapi kat sini everything online dan kena berdikari dan tak boleh malu kalau tak tahu. kalau tak, ketinggalan lah. Terima kasih Ety banyak bantu aku settlekan benda yang baru untuk aku. 


Sikit pengenalan mengenai Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan fakulti ni baru saja bertukar nama kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang ditubuhkan dari tahun 1998 sehingga sekarang. Dan lebih dikenali sebagai TEKA. Mempunyai barisan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan kebanyakan mereka terlibat secara langsung di dalam bidang seni tanah air.


Sebelum ini, aku mengambil bidang syariah dan undang-undang dan kini aku telah lari bidang secara tidak disengajakan ke penulisan artistik di UiTM kampus Puncak Perdana. Aku berdoa setiap kali, semoga jalan yang aku pilih ni diredhai Rabb dan memberi juta manfaat pada aku.

Buat masa ni, inilah profession aku yang terbaru dan insyaallah aku akan meng-up-date blog sekerap mungkin. Aku selingkan jugak beberapa gambar new environment aku dan tolong doakan aku mencapai impian aku dan aku nak dapat anugerah dekan lagi macam dulu-dulu ! Ameen !

sudut belajar tp banyak makanan and benda lain je dari buku .. hehe


view dari jendela bilik

i-city with adorable boyfriend! haha

first day smapai s.alam dah merata jalan ngan sayang aku dua orang ni


tiba-tiba aku teringatkan mereka..
sumpah! aku rindu keletah mereka