Wednesday, July 11, 2012

MISSILE TERSASAR

Dulu aku tujukan missile ini untuk yang lain tapi jelas aku merancang namun Allah tahu yang terbaik buat aku. Lalu dikirimkan dirimu buatku. Sebagai kawan, sahabat, dan aku harap sebagai pemimpin aku di masa akan datang.

Terima kasih atas keterbukaan mu
Terima kasih atas penerimaan mu

Terima kasih pada semua yang support aku especially Ety Radzi sahabat yang gorgeous katanya ! ;p Mat Anep dan Fara Aisyah yang tak pernah serik dan berputus asa dengan aku. thank you guys.
weh gila lah dah habis semester dua, lepas ni nak tempuh semester tiga.. guys, stick with me tau ! Amaran keras buat sesiapa yang nak larikan diri HAHAHA

For you,
 it's true I had crush with him once but with you I've crush many times ;D

WEEKEND

Tamat lah semester dua aku dengan jayanya setelah berlelah malah bersusah payah bersama sahabat-sahabat. serius ! sangat mencabar lah. sekarang kami dah boleh tarik nafas lega selama 9 minggu dan aktiviti gosip pun akan berkurangan .. HAHAHA

Okay back to the topic. Tamat paper aku pada 5 julai, malam tu jugak celebrate pergi tengok the Amazing Spiderman dengan Frasyh, Oden, Wan dan Syuq. We spent time sampai macam-macam cerita budak-budak ni bukak. Creepy syiall .. 

Then the next day, aku dan sekali lagi Syuqri pergi layan teater Beng Hock. KLPAC. Okay, Beng Hock orang Melaka and taman perumahan dia belakang rumah aku je actually. teater yang hanya memakan masa 40 minit tapi 40 minit yang sangat tension, sangat tegang. Macam aku yang berada dalam tahanan dan disoal siasat. sebenarnya tak adil, dia hanyalah saksi tetapi dia disiasat macam dia si tertuduh. menurut penerbit, Faisal Mustaffa mereka melakonkan kisah ini dengan merujuk laporan khas Suruhanjaya Diraja.

Watak Beng Hock dilakonkan oleh Shufitri yang rupanya member aku punya member Fara Aisyah dan mereka sama-sama belajar ketika zaman Asasi. Lakonan yang bagus sebab watak Beng Hock dibisukan cuma gerak tubuh dan mimik muka memainkan peranan watak ini dan ianya sangat berkesan.

Selepas teater tamat, diadakan sesi soal jawab yang audiens terdiri dari ketiga-tiga kaum di Malaysia dan macam-macam soalan ditanya. Tapi there was an old lady asked Faisal, kalau dia nak pukul semua officer tu boleh tak ? nampak tak betapa rakyat bengang but still takde apa-apa pembelaan yang dibuat untuk Beng Hock.

Jadi, Tahniah kepada warga penerbitan dan pengarah kerana berani mengadakan pementasan seperti ini.

And for late Beng Hock, rest in peace man.