Wednesday, January 26, 2011

T E R A P I untuk aku



                                       KAU SATU-SATUNYA


penenang saat jiwa kusut , bila minda serabut , langkah mula canggung . kalau aku yang sedang alami semua tu , aku mesti akan buka zikir ni . buat hati aku tenang masa tu , yelah macam-macam benda jadi . masalah , salah faham . jadi untuk tak menambahkan pening dan tak jumpa jalan keluar aku pilih terapi yang ini . kalau kita dah jauh , saat macam ni kita akan dekat balik dengan DIA . boleh buat air mata meleleh bila aku dengar + hayati zikir ni . alhamdullillah sekurang-kurangnya aku  boleh berfikir dengan akal waras bila dah tenang , tak dipenuhi rasa sakit hati dan amarah . 


terima kasih Ya Rabb .

Saturday, January 22, 2011

realiti pahit

aku berada di dunia
realiti tapi gila
gila wang
gila pangkat

bila memandang
ketika mendengar
masih berkata
beribu fikiran menerjah

menserasikan zahir
kentalkan rohani
asah mentaliti
bagi pejuang diri
enggan menyerah kalah
menggalas cita
macam memandang
dari bangunan tingkat 15
jauh betul
semangat takkan padam
persetankan rasa jahat

menunggu sinaran terbit
teruja dengan hari
penuh pengharapan
sinar mula kelam
bersyukur pada satu
dengan hari
isi pengalaman

Thursday, January 20, 2011

mana mungkin .. kalau ?



mana mungkin aku pergi
kalau kau masih tunggu


mana mungkin aku berlalu
kalau kau masih disitu


mana mungkin aku menyepi
kalau kau sentiasa di sisi


mana mungkin aku ingkari 
kalau kau masih menepati


mana mungkin aku lupa 
kalau kau tak pernah alpa


mana mungkin aku sangsi
kalau kau masih meyakini


mana mungkin aku mencari
kalau kau tidak berganjak


mana mungkin aku nodai
kalau kau masih hargai


mana mungkin aku hindari
kalau kau masih terpatri


mana mungkin aku khuatir
kalau kau masih dalam doa


mana mungkin aku terluka 
kalau kau semai rasa kasih


aku tak perlu jauh , kalau kau ada
aku perlu ingat , kau ada sentiasa
aku disini , selagi itu kau disitu 
tidak beralih walau seinci
jika aku mengguris
maafkan , tiada niat aku
sedarkan aku bila aku mula menyimpang
dampingi aku tanpa lelah
makin kuat aku menghadapi DUNIA




02:25 , jam masih berdetik jua kerna MU



Tuesday, January 18, 2011

sudah lah , tak nak jumpa katil lagi ke ?



jam dah pukul 3.15 pagi tapi aku belum mengantuk lagi . dah dekat dua minggu aku dengan hidup baru tanpa perlu memerah otak , tanpa memerlukan aku menggunakan emosi aku . ye lah aku kan dah berhenti kerja . bukan kehendak aku , tapi dia . aku cuma turutkan . ye lah aku kan kuli , dia anak bos kan ? haha

aku tak tahu mana silap aku , aku mintak maaf ye makhluk asing . itu gelaran yang aku bagi pada dia , dia pun tahu . kalau pun kau marah sangat ,aku harap satu hari nanti kau takkan marah aku lagi , kan aku dah cakap sorry :( aku harap satu hari nanti kau takkan buat macam ni lagi kat orang lain . huh buat malu je bila aku fikir balik . tak mature langsung padahal umur kau lagi tua dari aku tapi mindset kau ? tak payah cakap la . kau sendiri pun boleh fikir .

sedar tak sedar dekat setahun aku kerja kat situ . selesai diploma , aku minta kerja , pergi inerview dan masuk kerja . dari gaji serendah 600 sehingga jadi 1k . itu dah besar nilainya buat aku . buat aku tahu betapa susahnya nak cari duit kan ? banyak ragam yang aku jumpa . macam-macam . tu baru satu tempat aku kerja kan . banyak lagi aku akan jumpa dan aku nak jumpa .

terima kasih mak, ayah, kak long, abang dan adik sebab sentiasa ada untuk kak ngah . terima kasih juga pada semua sahabat yang sentiasa mendorong aku ke hadapan.

sekarang aku mula melangkah memperbaiki diri . aku nak baiki result muet aku sebab aku nak teruskan apa yang dah terbengkalai selama setahun . mana tahu kali ni ada rezeki aku . doakan aku ye .

minggu depan aku ada kelas memandu . hey aku tahu umur aku dah *tut* tapi baru nak pergi ambil lesen ? nak buat macam mana , rezeki tu baru datang sekarang . moga-moga aku tak langgar tiang .

bila dah duduk rumah ni baru aku ada lebih masa , tak kira lah untuk apa pun . aku ada masa nak berhubung dengan kawan-kawan lama aku . dapat baca buku yang dah lama aku beli tapi tak berkesempatan nak baca . aku yang mula baca buku tu tapi mak dan ayah yang dah habis baca . aduh kesian aku . aku gak ada masa nak baca pendapat orang lain kat blog-blog dorang . salah satu blog kegemaran aku 

                                                         http://zahiriladzim.blogspot.com/

hey aku bukan minat dia sebab dia artis  .yelah memang aku suka lakonan dia tapi bila aku baca tulisan dia buat aku seronok .  entah mungkin jujur dan bahasa coretan dia buat aku lebih terpesona . 

bukan aku tak de masa langsung tapi letih setiap hari menghadap komputer , nombor , akaun . balik kerja aku makan , tunaikan kewajipan aku lepas tu aku terus tidur . kalau aku buka facebook pun tak lama lah , sekadar menjenguk-jenguk . 


ok lah , aku dah jumpa katil aku .nampak warm je .jadi selamat malam semua .


Monday, January 17, 2011

EMOSI seorang manusia

 catatan pada 07 disember 2010

emosi aku sedang tak stabil 
dituduh tanpa aku tahu salah aku
di hamun tanpa fikirkan perasaan aku
diherdik macam kau seorang saja ada maruah
segala aku buat tak kena di mata kau
semuanya kau bebankan atas bahu aku -
semuanya salah aku - kau tak pernah salah ?
ye kau betul - aku salah 
katakanlah sepuas hati kau
aku tidak akan menghalang kalau itu buat kau lega
hati aku ? perlukah dipersoalkan tentang rasa aku
tak perlu - rasa kau lebih penting .. kan ?
argghh kalau nak lari memang senang 
tapi itu bukan cara aku
tiba saat aku akan melangkah jauh
harap kau akan mula berfikir
mungkin kau sedar tiada siapa lagi yang boleh kau hamun macam kau buat pada aku . aku :
cuba untuk berubah
cuba jadi terbaik 
tapi yang jelas di mata kau hanya SALAH aku


terima kasih makhluk asing .





filem

ayah : 'k.ngah , cuba buka youtube cari alangkah lucunya negeri ini 
k.ngah : apa tu ? filem ?
ayah : haah , buka la , tengok . bagus ! ajak mak tengok sekali .
k.ngah : okey :)

aku pun buka youtube taip 'alangkah lucunya negeri ini' . oh filem deddy mizwar , indonesia .
ceritanya kecil tapi isu yang ditonjolkan, besar . setiap negara ada masalah yang sama .bukan indonesia saja tapi seluruh negara dalam dunia ni . cerita tentang pencopet , atau di malaysia kita gelar penyeluk saku . tapi isu yang nak disampaikan sebenarnya adalah masalah korupsi .


bila aku tengok cerita ini aku terfikir , bila dapat aku tengok filem jujur macam ni dari negara aku sendiri . ada juga yang nak buat filem korup tapi tak sejujur filem yang ini .tak perlu tunjuk bangunan gah , golongan koporat , cuma pencopet . koruptor juga macam pencopet , cuma mereka lebih bijak dan hasil lebih lumayan . 


dialog - dialog dalam filem ini ringkas tapi pedas . bagi siapa yang termakan cili tu la kan . dengan unsur patriotik dan agama .deddy mizwar memang terkenal dengan itu .dah macam trademark . aku nak tengok filem jujur dari negara aku . aku harap satu hari nanti penggiat filem melayu dapat mencapai tahap macam ni . tak kira la penggiat filem yang lama mahupun baru . 
ok , kalau nak tengok filem ni , aku da siapkan link kat bawah ni :) enjoy !


Sunday, January 16, 2011

S H A R I N G is C A R I N G

terima kasih 
ini ucapan saya untuk awak 
kenapa ? sebab awak sentiasa ada untuk saya 
berkongsi rasa 


terima kasih lagi 
sudi kongsi sedih gembira saya
kalau tak ada awak , siapa lah tempat nak cerita kan ?


terima kasih juga 
bila awak suka atau duka awak cari saya 
besar maknanya bagi saya
awak harapkan - percayakan saya macam saya percayakan awak


terima kasih banyak-banyak
sebab muncul dalam hidup saya
dengan adanya awak-awak semua , hidup saya ceria 
malah sentiasa berbunga-bunga .


terima kasih :)

Saturday, January 15, 2011

hari pertama

hari : sabtu
tarikh : 15 jan 2011

hari pertama aku mula menulis secara terbuka . selama ini hanya dicoret di atas kertas putih , bukan di skrin ini . minat aku menulis ini datang dari keturunan aku , ayah . jadi , aku cuma nak mintak tunjuk ajar . boleh kan ? :)