Thursday, February 24, 2011

H A R G A I satu masa dulu


Zaki melemparkan pandangannya jauh ke taman permainan seberang dengan rumah sewanya. Sudah setahun dia menamatkan pengajiannya dan kini dia bekerja di sebuah syarikat sektor separa kerajaan di Bangi. Matanya menangkap satu figura kecil, seronok bermain sambil berlari macam dah lama tak dapat tanah luas untuk berkejaran.

Fikiran mula menerawang teringat zaman kanak-kanaknya.

Zaki !

"Jap mak " ,zaki menyahut dan segera mendapatkan ibunya di dapur.

"Tolong pergi kedai jap , garam mak dah habis ni , mak nak masak."

Okey !

Lalu ibunya menghulurkan 3 helai not seringgit. Zaki berlari menyarungkan seliparnya. Kedengaran sayup suara ibunya dari celahan rumah kayu menyuruhnya berhati-hati. Waktu itu Zaki baru berusia 9 tahun. Seronok benar zaki bila dapat peluang keluar ke kedai. Ada sebabnya. Selesai urusan Zaki membeli permintaan ibunya, boleh lah Zaki singgah dekat rumah Ali beli aiskrim Malaysia. Mak Ali memang meniaga aiskrim kat kampung tu. Zaki seluk poket seluarnya ,ada 20 sen. jadi Zaki beli dua. Satu untuknya dan satu lagi untuk adiknya.

Zaki berjalan pulang sambil menikmati aiskrim Malaysia kegemarannya itu. Selalunya zaki pergi kedai naik basikal. Tapi rantai basikal zaki tercabut.

Assalamuaikuuummm.. 

Zaki bagi salam dan terus menuju ke dapur.

"Nah mak", Zaki menghulurkan garam dan duit baki kepada ibunya.

Terima kasih , kata ibu sambil tersenyum.

Zaki berpaling untuk beredar. Tak sabar nak bagi adiknya aiskrim. Dia tahu adik pun suka makan aiskrim.

Zaki, letakkan duit ni kat almari sana dan nah, upah , mak senyum sambil hulur 20sen.

Zaki senyum lebar. Tambah lebar bila mak sound " ambil 20sen je , jangan lebih."

Zaki baru perasan yang dia dah jauh mengelamun. Rindu mula mencuit tangkai hatinya. Rindu pada kampung, pada mak dan ayah, pada adik-adik. Sejak Zaki mula bekerja, baru sekali dua saja Zaki balik kampung. Bila dah rindu ni ,Zaki mula terfikir nak balik kampung tapi ada juga masalah lain yang Zaki kena fikir. Tambang bas,makan . Macam-macam la.Biasalah, segala kat dunia ni pakai duit. Dalam masa yang sama Zaki terfikir adakah dia cuba mencipta alasan. Setakat balik kampung tak ada lah sampai menjejaskan kewangannya.

Mak ayah dulu boleh je bersusah payah untuk aku dan adik-adik. Apa salahnya aku pula bersusah payah menghargai apa yang mereka dah bagi pada aku. Aku nak hargai mak dan ayah, macam mak hargai aku bila aku tolong dia pergi kedai dengan bagi aku 20sen yang mana ketika itu besar nilainya buat kanak-kanak zaman aku tapi mungkin kecil bagi anak-anak zaman ni. Yelah mana nak dapat aiskrim harga seposen macam dulu. Aiskrim malaysia pun dah takde kot. Zaki berdialog dengan diri sendiri.

Zaki tak nak fikir panjang. Hari ni dah hari rabu. Esok zaki akan pergi book tiket. Tak sabar nak balik kampung. Rasa macam masa dia kecil-kecil dulu.



menghargai, rasa dihargai.


Tuesday, February 22, 2011

sesuatu


tak tahu apa yang hilang
tak tahu mana nak cari 
'sesuatu'.

air bertakung dalam kolam mata
kenapa?
jawapan masih yang itu 
masih yang sama
tak tahu apa yang hilang
mana ia hilang
tolong aku, boleh?

alamak! nasib baik 'sesuatu' tak hilang betul-betul
susah aku nanti

'sesuatu' ada
aku cuma perlu sabar, cari sampai aku jumpa balik
bila Tuhan mahu aku temui 'sesuatu'
pasti Dia aturkan untuk aku


aturan Nya indah.


Saturday, February 19, 2011

Tuesday, February 8, 2011

yeay yeay balik kampung ..

3hb februari 2011 

gong xi fa cai untuk semua kawan-kawan aku yang berbangsa cina .
normal lah bila public holiday jatuh masa hari khamis jumaat memang ramai yang ambil kesempatan nak balik kampung sebab boleh sambung sampai sabtu ahad .  termasuk lah keluarga aku juga. seronok kan dapat cuti lama .

hari tu aku bangun awal .dah lama kot tak bangun awal macam tu . haha . macam gayat pulak rasa suasana pagi . tujuan aku bangun awal hari tu sebab nak balik kampung  . pagi tu juga adik aku sampai rumah dari DQ pukul 2 pagi sebab stuck dalam jam kat kl . aku ingat nak tunggu tapi aku mengantuk , jadi aku tidur .haha . Adik aku yang lagi sorang tu, aizat la tunggu .

ok , lepas tu kami bersiap pukul 7.30 pagi kami bertolak dari melaka menuju kuantan . dalam kereta aku tidur . hehe . ala yang lain pun tidur gak ape . bukan aku sorang je :)) elok aku tengah sedap tidur , aku terjaga sebab kereta berhenti . aku bangun tengok kiri kanan . kat mana ni ? kenapa ayah berhenti ? kenapa banyak kereta parking tepi pulak ni ? dengan muka pisat-pisat aku tanya ayah dengan mak , nape yah ? ayah jawab , banjir kat depan tu . air penuh , takleh nak lalu . aku gelabah , habis macammana nak balik kuantan ni . hehe tipu je , rekaan ! haha . ayah adik dengan abang keluar nak pergi tengok kat depan tu , aku pun nak jugak jadi busybody , aku pun ikut sekali .

tu dia ! penuh air kat kampung makcik . haha






 

ni nama tempat yang banjir tu .

macam-macam gelagat jugak aku dapat tengok . 

seronok budak-budak main air.
yeay dapat tangkap ikan comel :)
pemerhati . siap boleh lepak makan kat kedai makan belakang tu lagi .
penantian
usaha
kawalan keselamatan
situasi
pemandangan semasa

lepas tu terpaksalah kami cari alternatif lain untuk sampai ke kuantan . jadi ayah adalah buat edisi siasat dengan orang kampung situ .

diskusi ikhtiar

lepas dah berdiskusi , ayah kata kita patah balik lalu bahau , temerloh lepas tu masuk highway . senang . confirm tak banjir . aku ikut je lah . tengahari tu singgah makan kat temerloh . terbaik masakan mak cik tu ! terima kasih buat saya kenyang dengan lauk ikan patin dan ayam masak merah . pergh ! licin seyh pinggan kitaorang .

dah kenyang , kami teruskan perjalan .
dari jam 7.30 pagi , akhirnya jam 3 petang camtu lah kami selamat tiba depan rumah arwah wan . pon pon !
selalu perjalanan yang hanya memakan masa krang dari 5 jam dah jadi makan masa 8jam . kematu aku . haha.

jadi selamat berhujung minggu semua.