Tuesday, December 6, 2016

2014-2016 - Baling sebelakang yang mungkin!

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je konvo. Tup tup bila aku throwback balik rupanya dah hampir 2 tahun aku graduated. Aiyooo time really flies fast, literally!

Jadi hari ni kita buat post throwback sikit. Sambil-sambil pulihkan ingatan dan untuk catatan diari gitulah. Timeline throwback dari 2014-2016. Elok sangat lah memandangkan bulan ni pun bulan terakhir untuk tahun 2016.

Sepanjang 2 tahun tu banyak yang berubah terutamanya lifestyle. Dari status pelajar kepada bekerjaya dan daripada bujang kepada berkahwin. Alhamdulillah urusan aku dan Syuq dipermudahkan.

Aku sah menjadi graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi pada 1 Disember 2014. Masa tu dah jadi tunangan pada Syuq. Lepas graduate aku bekerja di Krubong, Melaka. Bekerja bukan dalam bidang yang aku belajar tapi untuk sara hidup, aku tak memilih walaupun gajinya kecil. Pengalaman katanya. Aku tak lama kat situ sebab aku mula cari kerja yang ada kena mengena dengan bidang aku, penulisan. Aku di panggil untuk temuduga sebagai Media Social Executive untuk syarikat Mintsprout Sdn Bhd. syarikat ni baru lagi dan ada 6 orang termasuk bos aku dan aku sorang je perempuan tapi collegues semua kepala ngam! Aku seronok kerja kat situ. Banyak ilmu baru yang aku dapat tentang social media. Walaupun social media bukan perkara asing bagi anak muda zaman sekarang tapi aku dapat lebih pendedahan tentang kemampuan media social, cara penulisan serta visual yang berkesan. Dan bagaimana social media mampu jadi sumber pendapatan untuk sesebuah agensi. Bos aku sangat membantu dan tak lokek ilmu. Aku selalu borak untuk tambah ilmu aku supaya satu hari nanti aku mampu jadi creative director. Aminnnn... Malah dia bagi peluang untuk kami. Semasa aku bekerja di Mintsprout, dua kali aku dan colleague aku, Era diminta pergi ke Leo Burnett untuk bantu campaign Samsung. Ada dua campaign yang kami join. #MomentofNote untuk Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S7 Edge dan masa campaign ni Lee Kwang Soo pelakon dari Korea datang semasa pelancaran.

Tapi langit tak sentiasa cerah. Kesan daripada kejatuhan mata wang dan ekonomi sedikit sebanyak menggugat syarikat. Klien tak banyak dan kebanyakan projek yang sedang dalam proses jadi tergendala sebab klien tidak mampu untuk mengeluarkan bajet. Bajet marketing disekat dan ia memberi impak secara tidak langsung pada kami. Jadinya bila kontrak projek tamat, bos terpaksa lepaskan kami sebab tak mampu nak bayar gaji pekerja. This happened a week before my wedding day. Felt shit and fucked up but I have to redha and tawakal. Masa tu dah lah banyak benda nak settle and nak kena fikir, especially kehidupan selepas kahwin. Risau lah bila dah tak kerja dan kena cari kerja baru. Bukan dalam masa yang singkat boleh dapat kerja. Bergantung pada rezeki kita jugak kan. Malas nak pening-pening, aku settlekan satu-satu. Pasal kerja pun aku tak cerita kat Syuq sebab tak nak dia pulak stress. Aku masih boleh handle lagi. Lepas majlis selesai baru aku bagitahu dia. Lepas bincang dengan family semua, ayah suruh aku jadi personal assistant dia masa shooting 'Tombiruo' nanti. Masa tu dorang decide nak shoot lepas raya. Sebelum start shoot ayah dah busy dengan pre-production. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan first camera roll pada 2hb Ogos 2016. 

Shooting Tombiruo ambil masa selama 60 hari. Pengalaman baru bagi aku sebab sebelum ni shooting short film atau music video je so tak lama shooting days nya. Untuk filem ni 80% scene adalah siang dan dalam hutan. Hampir setiap hari call time kami jam 6.30 pagi dan untuk mengelakkan tersangkut dalam jam, Abang Nazri picked up kami jam 4.30/5.00 pagi bergantung pada location hari tu. The best part of film making is everyone give their best. Satu kepuasan dan hilang penat lelah masa shooting bila kita lihat hasilnya nanti. Walaupun tugas kau cuma runner atau production assistant tapi bagi aku setiap department penting tak kira apa pun job scope kau. Semua depatment memainkan peranan dalam sesebuah pembikinan filem yang berjaya. Aku harap dan berdoa semoga filem ni berjaya dan akan memeriahkan lagi industri filem negara. Amin!

Lepas selesai shooting Tombiruo, 7 Oktober, aku dapat call dari Pesona Pictures untuk masuk part time ganti staff yang cuti bersalin. Memandangkan Pesona nak aku masuk 1hb November so aku terima. Sepanjang Oktober, aku berehat dan bercuti dengan family ke Bandung. Great experience. Paling aku suka Angklung Saung Udjo. Tempat pembuatan angklung dan ada persembahan. Untuk masuk persebahan tu kena bayar 100,000 rupiah. Malah dorang ada bagi kita private lesson dengan instructor mereka. It was fun. Very recommended!

Lepas balik dari Bandung aku masuk bekerja di Pesona Pictures. Alhamdulillah dah sebulan dah kat sini. Lepas habis kontrak kat sini kena fikir nak buat apa lepas ni.

p/s : Hujung minggu lepas, aku catching up dengan, Eca Hyun, Jedi dan Fara (yang ni memang every month ada session dengan dia ;p). walaupun dah dua tahun habis belajar tapi perangai tebiat masing-masing masih tak berubah!