Tuesday, December 27, 2011

japanese !

HAHA ! ok aku malu tengok video ni -.- video ni final assignment for third language - japanese tapi ni bahasa keempat aku lah .. walaupun bahasa arab aku tunggang langgang ! HAHA ..

so .. apa lagi nak cakap , enjoy lah .. walaupun korang tak paham apa kiteorang cakapkan ;p


dialog

aku cakap, aku puas
aku beritahu, aku lega
aku luah, aku selesa
aku senyum, dia juga senyum :)




















Wednesday, November 23, 2011

jika 'senjata' berada di tangan


kalau di tangan aku ini ada pistol
alamatnya kepala kau dah berlubang
dengan peluru laju yang muntah
yang picunya ditarik oleh aku.

kalau di tangan aku ada pasu bunga
pasti kau tak sedarkan diri
dibaling tepat ke kepala
biar berdarah kepala kau.

kalau di tangan aku ada pisau belati
nasib kaulah kalau ia terbenam ke perut kau
ditikam bertalu-talu
asalkan aku puas hati!

kalau di tangan aku ada bom
lama dah aku baling terus pada kau
berkecai berderailah kau
aku pasti ketawa puas!

tapi aku tahu ada satu 'senjata' teragung aku
yang pasti kau tak mampu tanggung
ketika aku mula DIAM

jadi tolong pastikan
jangan ingat aku ketika waktu susahmu sahaja
kerana inilah yang akan kau hadapi
jika itu kau perlakukan.


HAHAHAHA *evil laugh*


PP,S.Alam
23rd Nov 2011,10:27am
pagi-pagi dah sewel ;p

Saturday, November 12, 2011

while SHE was here

bila dia berada di sini
pasti ingatan dia singgah pada kau
apatah lagi jaraknya hanya sekerat cuma
walau kau tidak dia nampak
tapi dia tahu kau ada
ingatkan sempat bertemu muka
sempena walimah rakan
nampak jodoh itu tidak kesitu
malah dijauhkan lagi dari dia
atas sebab esok hari ahad
hari yang tak disukai pelajar
yang seronok dapat pulang ke sangkar asal
namun kena balik semula ke hutan belantara
walau kenangan dia dan kau
tidak seindah mana
lebih banyak perit
namun kau dan dia pernah berkawan
satu masa dulu ..



Here the song from Eric Clapton - Tears in Heaven







*Dedicated to one of ex friend dia sebab kau dah unfriend dengan dia dekat facebook kau 



ALOR GAJAH, MELAKA
1100 AM


Wednesday, November 9, 2011

a quote

just want to share :


"Before he said I do, she should have found out what he did"
- Movie poster : True Lies(1994) directed by James Cameron.






Tuesday, November 8, 2011

M.A.A.F. kan aku -.-

Maafkan aku
atas ketelanjuran
atas kata-kata
atas tindakan
atas ketidakmatangan
atas salah sangka
atas penilaian
atas carutan
atas fikiran negatif
malah
atas segalanya ..

aku manusia yang ada mood gilanya
sama macam kau juga..






P/s : mood swing aku dah hilang. Terima kasi Geng atas nasihat kau tadi dan kesabaran kau selama ni. 






Alor gajah, Melaka
23:42
berfikirsemulasegalatindakan

Thursday, October 27, 2011

kenapa rasa GLOOMY -___-

I dont know why but I guess mungkin time bulan ni dah sampai .. girl ..memang penat betul bila kena layan emosi sendiri nih .. huh ! -_-"

Minggu ni aku rasa lagi gloomy bila ramai kawan-kawan aku dilanda masalah walaupun bukan aku yang kena hadap masalah tu but then aku kesian sampai dengan aku-aku sekali menangis .. aduyai !

Masalah keluarga yang paling buat aku sedih sebab aku cuba letak diri aku dalam masalah dorang dan kalau aku di tempat dorang pon aku akan sangattt sedih. ada jugak yang call aku sebab masalah relationshit relationship yang sama.

Bila aku dengar masalah-masalah orang aku tahu yang aku SEPATUTNYA dan MEMANG KENA BERSYUKUR dengan apa yang Allah bagi kat aku dan jangan sesekali ragu dan pertikaikan benda yang jadi kat kita sebab satu hari nanti kita akan nampak hikmah dia samaada dalam jangka masa pendek ataupun jauh.

Right now, aku sangat merindui melakaaa !
I miss mom and dad !
I miss my sister and brothers !
I miss my hometown and friends back there !
and I miss my friend yang sekarang ni sangat jauh dari aku sebab dia dah pergi sambung belajar dekat Indonesia .. selalu bila aku gloomy dia akan cerita benda yang boleh buat aku gelak ..

bila aku down, lagu ni yang akan naikkan balik semangat aku ..



Sudah .. tak payah sedih sangatlah rin .. pergi mandi dan mungkin kau akan ceria balik, kan ? haha :))
dan
nak jumpa ayah esok! :D

Tuesday, October 25, 2011

songs of the week

Someone like you by Adele


I choose this song not because I'm frustrated in love currently but I've heard many unsuccessful love story for this week and I've been there ,the time that I had been dump by someone that I trusted so much and it is so painful every time I remembered him.


But then, still I have a positive side of me and I've move on a long time ago and to all my girlfriends that faced the painful right now,


 Please! Be strong because in every girl they still have the strong side of her that been covered by her grace.



Someone like you by Adele

I heard, that your settled down.
That you, found a girl and your married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things, I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
It ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited.
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best, for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah.

You'd know, how the time flies.
Only yesterday, was the time of our lives.
We were born and raised in a summery haze.
Bound by the surprise of our glory days.

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face & that you'd be reminded,
That for me, it isn't over yet.

Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remember you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay.

Nothing compares, no worries or cares.
Regrets and mistakes they're memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

Never mind, I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you too.
Don't forget me, I beg, I remembered you said:-
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yay yeh yeah

and there is the second song which is Aishiteru by Zivilia band 
Honestly I am not a big fan of Indonesia artist but this song make me keep still and try to analyse the lyrics and it is good one i guess but apparently it is not Indonesia original song but it was Japanese song by

Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma


 that been translated to Malay in their (Zivilia band) own way. then I choose this one because I had attended my cousin wedding and she used this song as their theme song and I feel sooooo calm and keep smilinggg :))  like I'm in love <3 (but apparently not for this moment haha). Btw Mira, I wish your happiness with beloved husband and good luck to go through new life as a wife :) so this is for you sister <3


 Aishiteru by Zivilia band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus
Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru

Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup ini tanpa ghairah
Ou... o...
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni itemo
Kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru..



p/s ; lets the love spread! <3

Monday, October 24, 2011

Dia tak pernah


Dia tak pernah kata dia suka
Tapi riak dia ketika berdua dengan kau tunjuk sebalik

Dia tak pernah tunjuk dia minat
Tapi sikap dia ketika berdua dengan kau tunjuk sebalik

Dia tak pernah beri hatinya
Tapi kau pasti akan curi..




P/s : kata-kata ni aku tuju buat seorang lelaki yang sangat malu nak tunjuk apa yang dia rasa dalam hati dia.

Saturday, October 22, 2011

malam tadi BEST !

malam tadi best
sebab dapat spend time jimba-jimbo dengan all my dear darling .. you girls rock .. best jugak sebab aku dapat snap banyak gila gambar and i felt so satisfied !

malam tadi lagi tambah best sebab
aku akhirnya dapat tengok miss wani @ my lecturer perform live in front of my two eyes .. yeah ! selama ni aku cuma dengar dan baca je pasal dia tapi malam tadi sangat buat aku tahu yang .... she's so talented ! kau paham tak macam mana suka nya aku .. ok kau tak tahu ..

sampai malam tadi aku tidur dalam keadaan tersenyum .. kau mampu ? HAHA !

minggu ni adalah minggu pertama aku tak keluar dari UiTM sebab ade program .. kalau tak aku tak pernah nak lekat dan mak aku dah mula berleter sebab aku boros ! sorry lah mak , kak ngah kan memang macam nih.. ngee~

some pictures taken .. jom cuci mata :)

miss wani yang sangat awesome !

speaker yang happening 

kuyak rabak !

rien nbj with miss wani <3

kami dengan dia itu yang comel di antara kami

dear fara aisyah and dear eda  
me feeling-feeling .. hehe



Monday, October 17, 2011

Jauh
buat kau terkenang

Jauh
buat kau rindu

jauh
buat kau sedih walau masih senyum tertawa

Jauh
buat kau termimpikanmu

Kenapa perlu berjauhan kalau itu perlu kau tanggung?

Jawab kau,
kerana tanggungjawab itu di bahuku.



DUPA KENCHANA
24 Sept 2011
 (10:10am)



Wednesday, October 5, 2011

beware

when i look up,
I see birds flying free.

When I look down,
I see ant busy with routine.

When I look in to the mirror,
I see me, myself,
Looking at me,
Staring at me,
Analyse me,
Judging me,
Criticize me,
Adore me,
Proud of me and etc.

Reminder to,
Sharina Nbj,
Please BEWARE!

Saturday, September 24, 2011

NEW environment



Masuk minggu ni dah dua minggu aku berada di dalam suasana baru, di tempat baru, kawan-kawan baru dan segalanya baru. Alhamdulillah setelah empat bulan aku mendidik kini tiba masa untuk aku pula dididik. Memang itu lumrah. manusia akan sentiasa belajar dan mengajar. takkan dapat ilmu kalau tak  dikongsi.memetik kata-kata salah seorang pendidik, ilmu yang disampaikan kepada orang lain adalah ilmu yang bermanfaat dari ilmu yang disimpan ketat. 

Dunia kolej dan Universiti memang berbeza. Dulu kalau nak daftar subjek semua manual tapi kat sini everything online dan kena berdikari dan tak boleh malu kalau tak tahu. kalau tak, ketinggalan lah. Terima kasih Ety banyak bantu aku settlekan benda yang baru untuk aku. 


Sikit pengenalan mengenai Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan fakulti ni baru saja bertukar nama kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang ditubuhkan dari tahun 1998 sehingga sekarang. Dan lebih dikenali sebagai TEKA. Mempunyai barisan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan kebanyakan mereka terlibat secara langsung di dalam bidang seni tanah air.


Sebelum ini, aku mengambil bidang syariah dan undang-undang dan kini aku telah lari bidang secara tidak disengajakan ke penulisan artistik di UiTM kampus Puncak Perdana. Aku berdoa setiap kali, semoga jalan yang aku pilih ni diredhai Rabb dan memberi juta manfaat pada aku.

Buat masa ni, inilah profession aku yang terbaru dan insyaallah aku akan meng-up-date blog sekerap mungkin. Aku selingkan jugak beberapa gambar new environment aku dan tolong doakan aku mencapai impian aku dan aku nak dapat anugerah dekan lagi macam dulu-dulu ! Ameen !

sudut belajar tp banyak makanan and benda lain je dari buku .. hehe


view dari jendela bilik

i-city with adorable boyfriend! haha

first day smapai s.alam dah merata jalan ngan sayang aku dua orang ni


tiba-tiba aku teringatkan mereka..
sumpah! aku rindu keletah mereka

Thursday, July 21, 2011

pandang, hargai, sayang apa yang kau ada sekarang

Selepas nak dekat 10 bulan aku tinggalkan tempat kerja lama sebab di'resign' dengan notis 24jam secara brutalnya. Sebulan lebih aku ambil masa pulihkan segala yang zahir dan juga batin. Akhirnya, Allah tetapkan rezeki untuk aku, aku ditawarkan menjadi pendidik anak-anak bangsa. Alhamdulillah ya Rabb !

 Sekarang dah masuk 3 bulan aku mendidik, dan bulan depan bulan terakhir aku menggalas title pendidik ni kerana alhamdulillah sekali lagi Allah memberi aku sesuatu yang aku impikan. Aku dapat tawaran sambung belajar ke UiTM, kos penulisan artistik. Sungguh aku bersyukur. Selepas hujan lebat, Dia kurniakan pelangi indah buat aku.

Elok je aku menikmati keindahan nikmat tuhan kepadaku, aku dapat panggilan dari majikan lamaku yang nak aku kembali bekerja dengannya kerana 'sebab' aku di 'resign' tu takde kat sini. Aku rasa sangat dihargai malah lebih lagi aku rasa dipercayai kerana aku tahu majikan aku takkan panggil aku kalau kerja aku dulu teruk. kan ? sapa nak panggil orang tu kerja balik kalau kerja budak tu hampeh, ye dok ?

Tapi tu lah, jodoh majikan tu dengan aku memang takat tu je Allah tetapkan. Aku suka kerja situ tapi ape nak buat bukan jodoh aku lagi nak kerja kat situ balik. Mana tau,ada jodoh kita jumpa lagi. woot woot !

Betul lah kata orang, hargai apa yang kau genggam sekarang sebab satu hari nanti kau akan menyesal sebab lepaskan apa yang kau ada. Aku pun dah pernah kena sekali jadi aku nak belajar dari pengalaman dan aku harap dia pun belajar dari pengalaman, supaya dia takkan buat keputusan yang akan susahkan orang lain lagi.

Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah =)






P/s : sekarang aku mula jelas dengan hikmahnya.

Saturday, June 25, 2011

apa kau rasa

Jangan simpan dalam gelap,
takkan ada yang akan nampak,
walaupun guna mata,
mungkin tersepak di kaki,
perit rasa sampai ke hati,
malangnya bukan orang lain yang terkena,
engkau balik juga yang terkena,
sebab simpan apa kau rasa,
dalam gelap.


10062011
12:30am

Wednesday, June 22, 2011

titipan khas buat NBJ yang jauh dari pandangan

Setiap kali mata jatuh mendarat di wajahmu
Semakin tinggi nilaimu padaku
Apalagi mengenangsusah senangmu
Menjadikan aku seorang manusia yang menghargai kehidupan.

Terima kasih,
kerana menjadi seakan harimau garang padaku,
kerana menjadi seakan ular yang mematuk setiap salah langkahku,
kerana menjadi seakan kucing manja membelaiku,
kerana menjadi seakan ketam yang tak jemu mendidik perilaku ku.

Tak mungkin ada dua dirimu,
Tak mungkin berpengganti dirimu,
Tak mungkin hilang cucuran kasihmu padaku,
kerana hanya kau satu, Nbj ..


P/s : walaupun hari bapa dah lepas tapi aku nak post jugak 'surat cinta' ni kat ayah aku =))

Saturday, June 11, 2011

aduhai ... kawan??

Akhirnya setelah 6 bulan lamanya, kau remove jugak aku dari senarai kawan (baca: friends list) dari muka buku kau. Nak tunggu aku remove memang taklah, sebab aku ni berbudi bahasa. Kah kah kah. Jadi aku percaya kau sudah move on walaupun aku dah bergerak ke depan lebih awal dari kau.

Thank you because let me had a friend like hell YOU . haha.



p/s; sebelum aku terlupa, apakata kau kerat dua baju polo kau tu.kan ade SHARE aku kat situ. sanggup ?







Friday, June 10, 2011

TUTUR BICARA

Tutur bicara mampu menghujani seluruh pemilik wajah dengan tangis 

Tangis gembira,
Tangis sedih sendu, atau 
Tangis pedih menghiris.

Jadi, pilih tangis mana mahu kau dengarkan dari telinga yang memperdengarkan tutur bicaramu itu .



Tuesday, May 24, 2011

peace yaw !




I've got a new book lagi ! thanks mom dad =)

charlie !!



Sumpah aku gelak tengok video budak comel dua orang ni . kids , u keep me laughing and smiling ! haha.

Wednesday, May 11, 2011

susunan kata

Hadiah dari ayah sebab lulus JPJ . haha ..



Ayah bagi aku buku sebab aku suka baca dan dia kata bila dia belek buku ni , dia teringat anak dia yang sorang ni suka bermain kata jadi dia beli suka-suka saja tapi sebab hari ni aku dapat lesen P , kira jadi hadiah lah jugak . Buku ni beli kat NUFAIRSHOP.COM. Nukilan Anuar Bakri @ anbakri. Buku ni merupakan kumpulan madah dan kata-kata indah . Ok , tu je nak cite. Bai bai .

T A H N I A H S.H.A.R.I.N.A.!!





Betapa aku rasa dunia ni aku yang punya . wahaha ! tahniah untuk diri sendiri . lalalala ~
Jealous aku tengok pokcik ni punya lesen P bapak lah besar.
Dah , aku nak berbahagia dengan kejayaan aku . hahaha . LOL !

Thursday, April 21, 2011

attitude bebeh!

Sebenarnya benda ni dah lama aku perhatikan. Baru hari ni aku rasa nak tulis pasal sikap. Aku tak pasti ianya sikap seluruh manusia di bumi atau cuma sikap manusia di Malaysia saja.


Gambarannya macam ni :


  

Pasti semua tahu itu troly. Yang buat aku selalu hangin bila orang yang dah pakai tu tak reti-reti nak letak kat tempat yang disediakan. Letak kat parking lot camtu ha. kang den kato kau bangang kang kau marah kek den pulak kan. Tak terfikir ke kat sudut tepi otak mu itu yang benda tu akan menyusahkan orang lain yang nak parking. Terutama kalau minggu baru dapat gaji. Parking dah lah penuh pastu tengok pulak ade orang parking troly yang dah pakai tu kat tempat parking kereta. Hello! kan tempat parking troly dah disediakan. Susah sangat ke kau nak parkingkan troly tu kat tempat yang sepatutnya. 


Itu baru pasal troly. Belum masuk pasal buang sampah merata-rata. Kau dah makan ke minum ke kau pegi la buang dalam tong sampah. Apa? Tak jumpa tong sampah? pegang lah dulu, takpun letak dalam beg kau yang beso gedabak tu. Ala nanti kotor la beg i. Oh kau pikir beg kau je tapi kau tak pikir ke kalau orang pandang kau dress up bukan main, tak kira lah kau laki ke perempuan tapi benda yang telah dididik dari kecil pun kita tak mampu nak praktikkan. 

Kita mesti suka kalau kita dalam keadaan bersih kan. Takkan kau tak suka tengok sekeliling kau pun bersih juga macam kau. Kan sedap mata memandang. 


Aku pasti kau tak suka orang marah kat kau kan. Aku jamin kalau kau buat apa yang telah dididik dari kecil pasti takde orang akan maki kau sesuka hati hanya sebab kau letak troly di tempat yang salah dan buang sampah merata-rata. Jadi takpe kalau kena tolak troly tu jauh sikit dan buang sampah dalam tong, mana tahu kita dah bantu orang tu dari kena darah tinggi , ye dak?


p/s: Men becomes respectable of his knowledge not his strength.

Tuesday, April 19, 2011

fucked up !

Aku patut rasa beruntung.


Kenapa aku kata macam tu?
Sebab bila aku baca kisah orang ter- fucked up (terfaktab - ini cilok) dengan manusia yang mempunyai DNA yang sama buat aku sedar. Bukanlah maksud aku tak pernah rasa terfaktab, cuma situasinya dengan orang yang berlainan DNA dengan aku. Alhamdulillah , aku masih boleh mengatasi semua tu dengan adanya kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa ada di sepanjang perjalanan.


Aku ingatkan kisah ibu bapa bencikan anak sendiri atau tidak langsung mempedulikan mereka hanya terlayar di layar skrin sahaja. Tak kira lah Astro Prima, Media Prima mahupun RadioTelevisen Malaysia. Kesian. Apalah yang ada di pangkal otak mereka ye. Aku nak tahu.


Apapun, terima kasih atas kasih sayang, didikan dan dorongan buat kesayangan-kesayangan.


Buat yang terfaktab dan masih terfaktab , Insyaallah sinar untuk kau ada. kau cuma perlu meniti jam yang berdetik dan tabah menunggu.




done and looking forward

Finally ,
MUET done !
*sengihsampaitelinga*

Sekarang nak tunggu lesen pulak selesai. Tinggal pra test this coming friday dan jpj yang belum set tarikh lagi.

Paling aku looking forward is hujung bulan 4 dan awal bulan 5 ade dua orang kawan aku nak melangkah ke gerbang perkahwinan dan sorang lagi nak mengikat tali pertunangan .


CONGRATULATION GIRLS !

30 April 2011 wedding Nurwati Ibrahim 
01 May 2011 lynn niesa engagement ceremony . my rock girl !
7 May 2011 Siti Hasimah Hashim wedding . she's one of my best girl !

insyaallah , aku pasti sampai untuk meraikan hari korang  :)) 


oh oh . Aku baru dapat satu lagi berita untuk 01 May 2011 , my faberet writer, blogger and ofcourse an actor juga akan mengikat tali pertunangan. Tahniah Zahiril Adzim.


Saturday, April 2, 2011

aizat -> H A P P Y B I R T H D A Y lil bro !





nak jerit :HAPPY BIRTHDAY ijat !


birthday cake .. yimmieh !

semalam 1 april sambut birhtday adik aku yang bongsu . btw , birthday dia 30 march hari tu , tapi dia kan budak sekolah lagi , duduk asrama pulak tu , jadi hujung minggu dia balik baru lah belikan kek untuk dia . 


birthday boy suka lah tu :))


tiup lilin ..

potong kek . sebelah tu muka orang lapar .. haha

jahat aku kan . selalu buli kakak aku yang sorang ni . sebenarnya orang sebelah tu lah belikan kek ni .. terima kasih kak long !

budak-budak yang tak reti kenyang :p

dah makan kek , sambung makan nasi pulak . aku kan orang melayu . mesti nak nasi . haha .


ok tu je untuk kali ni . adiosta !


Thursday, March 17, 2011

MUET

muet oh muet .


sekarang aku dalam proses mengikuti kelas dengan personal tutor aku . sebab aku masuk kelas ni adalah untuk membantu aku menghadapi MUET examination dalam beberapa bulan lagi . sebenarnya aku pernah dah ambil MUET ni tapi untuk sambung course yang aku ambil masa kolej dulu tak cukup kalau result setakat band 3 .  jadi itu lah tujuan aku . semalam aku ada kelas . madam ajar tentang 'what we should have in MUET essay ' standard dan ada group discussion untuk speaking test yang tinggal tak berapa lama lagi . jadi aku kena banyak practice apa yang madam dah ajar . buat banyak brainstormtakde lah nanti aku stuck around the same ideas .banyakkan baca buku atau lebih tepat majalah akademik . selama ni memang lah aku baca buku inggeris tapi bukan yang akademik lah . lebih pada non fiction or novel. there is a lot work to do . then ..

just wish me luck . ok :)

Thursday, February 24, 2011

H A R G A I satu masa dulu


Zaki melemparkan pandangannya jauh ke taman permainan seberang dengan rumah sewanya. Sudah setahun dia menamatkan pengajiannya dan kini dia bekerja di sebuah syarikat sektor separa kerajaan di Bangi. Matanya menangkap satu figura kecil, seronok bermain sambil berlari macam dah lama tak dapat tanah luas untuk berkejaran.

Fikiran mula menerawang teringat zaman kanak-kanaknya.

Zaki !

"Jap mak " ,zaki menyahut dan segera mendapatkan ibunya di dapur.

"Tolong pergi kedai jap , garam mak dah habis ni , mak nak masak."

Okey !

Lalu ibunya menghulurkan 3 helai not seringgit. Zaki berlari menyarungkan seliparnya. Kedengaran sayup suara ibunya dari celahan rumah kayu menyuruhnya berhati-hati. Waktu itu Zaki baru berusia 9 tahun. Seronok benar zaki bila dapat peluang keluar ke kedai. Ada sebabnya. Selesai urusan Zaki membeli permintaan ibunya, boleh lah Zaki singgah dekat rumah Ali beli aiskrim Malaysia. Mak Ali memang meniaga aiskrim kat kampung tu. Zaki seluk poket seluarnya ,ada 20 sen. jadi Zaki beli dua. Satu untuknya dan satu lagi untuk adiknya.

Zaki berjalan pulang sambil menikmati aiskrim Malaysia kegemarannya itu. Selalunya zaki pergi kedai naik basikal. Tapi rantai basikal zaki tercabut.

Assalamuaikuuummm.. 

Zaki bagi salam dan terus menuju ke dapur.

"Nah mak", Zaki menghulurkan garam dan duit baki kepada ibunya.

Terima kasih , kata ibu sambil tersenyum.

Zaki berpaling untuk beredar. Tak sabar nak bagi adiknya aiskrim. Dia tahu adik pun suka makan aiskrim.

Zaki, letakkan duit ni kat almari sana dan nah, upah , mak senyum sambil hulur 20sen.

Zaki senyum lebar. Tambah lebar bila mak sound " ambil 20sen je , jangan lebih."

Zaki baru perasan yang dia dah jauh mengelamun. Rindu mula mencuit tangkai hatinya. Rindu pada kampung, pada mak dan ayah, pada adik-adik. Sejak Zaki mula bekerja, baru sekali dua saja Zaki balik kampung. Bila dah rindu ni ,Zaki mula terfikir nak balik kampung tapi ada juga masalah lain yang Zaki kena fikir. Tambang bas,makan . Macam-macam la.Biasalah, segala kat dunia ni pakai duit. Dalam masa yang sama Zaki terfikir adakah dia cuba mencipta alasan. Setakat balik kampung tak ada lah sampai menjejaskan kewangannya.

Mak ayah dulu boleh je bersusah payah untuk aku dan adik-adik. Apa salahnya aku pula bersusah payah menghargai apa yang mereka dah bagi pada aku. Aku nak hargai mak dan ayah, macam mak hargai aku bila aku tolong dia pergi kedai dengan bagi aku 20sen yang mana ketika itu besar nilainya buat kanak-kanak zaman aku tapi mungkin kecil bagi anak-anak zaman ni. Yelah mana nak dapat aiskrim harga seposen macam dulu. Aiskrim malaysia pun dah takde kot. Zaki berdialog dengan diri sendiri.

Zaki tak nak fikir panjang. Hari ni dah hari rabu. Esok zaki akan pergi book tiket. Tak sabar nak balik kampung. Rasa macam masa dia kecil-kecil dulu.



menghargai, rasa dihargai.


Tuesday, February 22, 2011

sesuatu


tak tahu apa yang hilang
tak tahu mana nak cari 
'sesuatu'.

air bertakung dalam kolam mata
kenapa?
jawapan masih yang itu 
masih yang sama
tak tahu apa yang hilang
mana ia hilang
tolong aku, boleh?

alamak! nasib baik 'sesuatu' tak hilang betul-betul
susah aku nanti

'sesuatu' ada
aku cuma perlu sabar, cari sampai aku jumpa balik
bila Tuhan mahu aku temui 'sesuatu'
pasti Dia aturkan untuk aku


aturan Nya indah.


Saturday, February 19, 2011

Tuesday, February 8, 2011

yeay yeay balik kampung ..

3hb februari 2011 

gong xi fa cai untuk semua kawan-kawan aku yang berbangsa cina .
normal lah bila public holiday jatuh masa hari khamis jumaat memang ramai yang ambil kesempatan nak balik kampung sebab boleh sambung sampai sabtu ahad .  termasuk lah keluarga aku juga. seronok kan dapat cuti lama .

hari tu aku bangun awal .dah lama kot tak bangun awal macam tu . haha . macam gayat pulak rasa suasana pagi . tujuan aku bangun awal hari tu sebab nak balik kampung  . pagi tu juga adik aku sampai rumah dari DQ pukul 2 pagi sebab stuck dalam jam kat kl . aku ingat nak tunggu tapi aku mengantuk , jadi aku tidur .haha . Adik aku yang lagi sorang tu, aizat la tunggu .

ok , lepas tu kami bersiap pukul 7.30 pagi kami bertolak dari melaka menuju kuantan . dalam kereta aku tidur . hehe . ala yang lain pun tidur gak ape . bukan aku sorang je :)) elok aku tengah sedap tidur , aku terjaga sebab kereta berhenti . aku bangun tengok kiri kanan . kat mana ni ? kenapa ayah berhenti ? kenapa banyak kereta parking tepi pulak ni ? dengan muka pisat-pisat aku tanya ayah dengan mak , nape yah ? ayah jawab , banjir kat depan tu . air penuh , takleh nak lalu . aku gelabah , habis macammana nak balik kuantan ni . hehe tipu je , rekaan ! haha . ayah adik dengan abang keluar nak pergi tengok kat depan tu , aku pun nak jugak jadi busybody , aku pun ikut sekali .

tu dia ! penuh air kat kampung makcik . haha






 

ni nama tempat yang banjir tu .

macam-macam gelagat jugak aku dapat tengok . 

seronok budak-budak main air.
yeay dapat tangkap ikan comel :)
pemerhati . siap boleh lepak makan kat kedai makan belakang tu lagi .
penantian
usaha
kawalan keselamatan
situasi
pemandangan semasa

lepas tu terpaksalah kami cari alternatif lain untuk sampai ke kuantan . jadi ayah adalah buat edisi siasat dengan orang kampung situ .

diskusi ikhtiar

lepas dah berdiskusi , ayah kata kita patah balik lalu bahau , temerloh lepas tu masuk highway . senang . confirm tak banjir . aku ikut je lah . tengahari tu singgah makan kat temerloh . terbaik masakan mak cik tu ! terima kasih buat saya kenyang dengan lauk ikan patin dan ayam masak merah . pergh ! licin seyh pinggan kitaorang .

dah kenyang , kami teruskan perjalan .
dari jam 7.30 pagi , akhirnya jam 3 petang camtu lah kami selamat tiba depan rumah arwah wan . pon pon !
selalu perjalanan yang hanya memakan masa krang dari 5 jam dah jadi makan masa 8jam . kematu aku . haha.

jadi selamat berhujung minggu semua.


Wednesday, January 26, 2011

T E R A P I untuk aku



                                       KAU SATU-SATUNYA


penenang saat jiwa kusut , bila minda serabut , langkah mula canggung . kalau aku yang sedang alami semua tu , aku mesti akan buka zikir ni . buat hati aku tenang masa tu , yelah macam-macam benda jadi . masalah , salah faham . jadi untuk tak menambahkan pening dan tak jumpa jalan keluar aku pilih terapi yang ini . kalau kita dah jauh , saat macam ni kita akan dekat balik dengan DIA . boleh buat air mata meleleh bila aku dengar + hayati zikir ni . alhamdullillah sekurang-kurangnya aku  boleh berfikir dengan akal waras bila dah tenang , tak dipenuhi rasa sakit hati dan amarah . 


terima kasih Ya Rabb .

Saturday, January 22, 2011

realiti pahit

aku berada di dunia
realiti tapi gila
gila wang
gila pangkat

bila memandang
ketika mendengar
masih berkata
beribu fikiran menerjah

menserasikan zahir
kentalkan rohani
asah mentaliti
bagi pejuang diri
enggan menyerah kalah
menggalas cita
macam memandang
dari bangunan tingkat 15
jauh betul
semangat takkan padam
persetankan rasa jahat

menunggu sinaran terbit
teruja dengan hari
penuh pengharapan
sinar mula kelam
bersyukur pada satu
dengan hari
isi pengalaman