Saturday, March 16, 2013

Malam

Terima kasih malam
setia bersama menemaniku
yang diselubungi deras
cecair dari tubir mata.

Tanya

Aku tak minta kau jawab
Aku cuma minta kau tanya
Pasti aku jawab sejujurnya
Rasa paling dalam
Yang saat ini aku rasa

Satu soalan pun tidak terlafaz
Adakah ia terhenti senyap
Di hujung bibirmu
Tidakkah kau mahu tahu
Sihatkah aku?
Bagaimana hariku?
Gembirakah aku?

Namun soalan itu cuma pertanyaan satu hala
dari aku buat kamu
namun buat aku?
Senyap
Kelu
Bisu

Tiga hari
Jika seminggu.sebulan, setahun
Masih ini saja reaksi kamu?
Masih ini saja yang mampu aku harap dari kamu?
Arghhhh

Sungguh aku layak hanya ini dari kamu?
Jika ya
Tahukah kau ianya
Berlinang meninggal lekuk
Perit menusuk terus
Parah membenam jauh
Ke dasar hati perempuan aku
Mungkin kau lupa fakta dan realiti
Aku ini perempuan.



16032013
PPSA