Thursday, July 21, 2011

pandang, hargai, sayang apa yang kau ada sekarang

Selepas nak dekat 10 bulan aku tinggalkan tempat kerja lama sebab di'resign' dengan notis 24jam secara brutalnya. Sebulan lebih aku ambil masa pulihkan segala yang zahir dan juga batin. Akhirnya, Allah tetapkan rezeki untuk aku, aku ditawarkan menjadi pendidik anak-anak bangsa. Alhamdulillah ya Rabb !

 Sekarang dah masuk 3 bulan aku mendidik, dan bulan depan bulan terakhir aku menggalas title pendidik ni kerana alhamdulillah sekali lagi Allah memberi aku sesuatu yang aku impikan. Aku dapat tawaran sambung belajar ke UiTM, kos penulisan artistik. Sungguh aku bersyukur. Selepas hujan lebat, Dia kurniakan pelangi indah buat aku.

Elok je aku menikmati keindahan nikmat tuhan kepadaku, aku dapat panggilan dari majikan lamaku yang nak aku kembali bekerja dengannya kerana 'sebab' aku di 'resign' tu takde kat sini. Aku rasa sangat dihargai malah lebih lagi aku rasa dipercayai kerana aku tahu majikan aku takkan panggil aku kalau kerja aku dulu teruk. kan ? sapa nak panggil orang tu kerja balik kalau kerja budak tu hampeh, ye dok ?

Tapi tu lah, jodoh majikan tu dengan aku memang takat tu je Allah tetapkan. Aku suka kerja situ tapi ape nak buat bukan jodoh aku lagi nak kerja kat situ balik. Mana tau,ada jodoh kita jumpa lagi. woot woot !

Betul lah kata orang, hargai apa yang kau genggam sekarang sebab satu hari nanti kau akan menyesal sebab lepaskan apa yang kau ada. Aku pun dah pernah kena sekali jadi aku nak belajar dari pengalaman dan aku harap dia pun belajar dari pengalaman, supaya dia takkan buat keputusan yang akan susahkan orang lain lagi.

Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah =)






P/s : sekarang aku mula jelas dengan hikmahnya.