Saturday, December 1, 2012

LAMA

selama ini hanya dia kah
yang menanti bayang mu
mengejar bayang mu
kerana sudah jarang sekali bayang itu
cuba menjejaknya
cuba berdampingan dengannya
cuba memahami gelora hatinya
apa yang pasti dia rindukan mu yang dulu
seperti saat awal kau dan dia





01122012 (SAT)
P.P,S.A

Monday, October 8, 2012

Indah

Rasa indah
Cerita indah
Masa indah

telah genap tiga bulan.




janji : selama pasti.





: 08 Okt 12 
: Mon
: 11:34am 
PPSA

Friday, August 31, 2012

HAPPY EID


ohh my emak's home town :)


ayah's home town + our home sweet home  

no need a caption. I think ;p

ohh for this one. let the image tell us the story :)


OUCHHH ! THANK YOU ;)

Wednesday, July 11, 2012

MISSILE TERSASAR

Dulu aku tujukan missile ini untuk yang lain tapi jelas aku merancang namun Allah tahu yang terbaik buat aku. Lalu dikirimkan dirimu buatku. Sebagai kawan, sahabat, dan aku harap sebagai pemimpin aku di masa akan datang.

Terima kasih atas keterbukaan mu
Terima kasih atas penerimaan mu

Terima kasih pada semua yang support aku especially Ety Radzi sahabat yang gorgeous katanya ! ;p Mat Anep dan Fara Aisyah yang tak pernah serik dan berputus asa dengan aku. thank you guys.
weh gila lah dah habis semester dua, lepas ni nak tempuh semester tiga.. guys, stick with me tau ! Amaran keras buat sesiapa yang nak larikan diri HAHAHA

For you,
 it's true I had crush with him once but with you I've crush many times ;D

WEEKEND

Tamat lah semester dua aku dengan jayanya setelah berlelah malah bersusah payah bersama sahabat-sahabat. serius ! sangat mencabar lah. sekarang kami dah boleh tarik nafas lega selama 9 minggu dan aktiviti gosip pun akan berkurangan .. HAHAHA

Okay back to the topic. Tamat paper aku pada 5 julai, malam tu jugak celebrate pergi tengok the Amazing Spiderman dengan Frasyh, Oden, Wan dan Syuq. We spent time sampai macam-macam cerita budak-budak ni bukak. Creepy syiall .. 

Then the next day, aku dan sekali lagi Syuqri pergi layan teater Beng Hock. KLPAC. Okay, Beng Hock orang Melaka and taman perumahan dia belakang rumah aku je actually. teater yang hanya memakan masa 40 minit tapi 40 minit yang sangat tension, sangat tegang. Macam aku yang berada dalam tahanan dan disoal siasat. sebenarnya tak adil, dia hanyalah saksi tetapi dia disiasat macam dia si tertuduh. menurut penerbit, Faisal Mustaffa mereka melakonkan kisah ini dengan merujuk laporan khas Suruhanjaya Diraja.

Watak Beng Hock dilakonkan oleh Shufitri yang rupanya member aku punya member Fara Aisyah dan mereka sama-sama belajar ketika zaman Asasi. Lakonan yang bagus sebab watak Beng Hock dibisukan cuma gerak tubuh dan mimik muka memainkan peranan watak ini dan ianya sangat berkesan.

Selepas teater tamat, diadakan sesi soal jawab yang audiens terdiri dari ketiga-tiga kaum di Malaysia dan macam-macam soalan ditanya. Tapi there was an old lady asked Faisal, kalau dia nak pukul semua officer tu boleh tak ? nampak tak betapa rakyat bengang but still takde apa-apa pembelaan yang dibuat untuk Beng Hock.

Jadi, Tahniah kepada warga penerbitan dan pengarah kerana berani mengadakan pementasan seperti ini.

And for late Beng Hock, rest in peace man.


Tuesday, May 22, 2012

MISSILE

Satu chapter dah habis tanpa perlu aku yang tamatkan sebab dah ada langkah pertama dari kau. Akhirnya ada jugak langkahnya dari tiada langsung kan? haha .. Kecewa ? tidak. Lega ? ya .. Absolutely ! :D

Okay, sekarang chapter dua pula.
Sebelum tu, nak cakap THANK YOU pada Ety Radzi dan Haniff Pausi atas suprise korang yang memang buat aku senyum macam orang gila masa shooting kat Bukit Cerakah :) gilalahhh sweeett lah korang! hahaha

SMOKER
GUITARIST
MESSY
FOOTBALL MANIAC

Kau tahu tak kau ada ciri-ciri diatas yang buat mata aku melekat pada kau.





Agak-agak bila aku boleh lancarkan missile gadis idaman ye? ;D 

Tuesday, May 15, 2012

untuk semua ibu-ibu, ibu kandung mahupun ibu angkat

Emak
Ibu
Umi
Mama
Apa pun panggilan buat semua wanita yang bergelar ibu.

Selamat Hari Ibu.

Teristimewa buat Ruhana binti Ismail.
Malah Selamat Hari Lahir.

Terima kasih mak sebab jaga kak ngah dan kami semua walaupun i'm already 24 years old.
Terima kasih atas kepercayaan dan kesabaran melayan kerenah tak senonoh kami :)
Terima kasih atas curahan kasih sayang, dan juga materi.
Terima kasih atas kesabaran yang hanya mak je tahu peritnya menahan dugaan Allah.

tapi paling penting,
Terima kasih kerana tidak pernah berundur apatah lagi mengalah sejak mak bersama ayah.

Apa pun jadi, cinta mati sama lu takkan berani-berani pudar .. hehe InsyaAllah.

Salam sayang,
Kak ngah - Rien Nbj



Saturday, April 28, 2012

catatan ringkas buat teman-teman rapat yang berada di sekililing.

kita lama lagi di sini
masih jauh
masih samar
masih berliku
untuk capai impian
bukanlah mustahil cuma perjalanannya nampak mudah tapi payah.

kita dah macam adik-beradik
kita belajar
kita kongsi
kita jatuh 
kita bangun
sama-sama.

kita jadi macam adik-beradik
kongsi ilmu
kongsi rasa
kongsi emosi
kongsi pengalaman

kita makin rapat macam adik-beradik
kita gaduh
kita marah
kita telagah
kita baik semula

dalam tempoh yang kita ada ini,
kita makin memahami tingkah masing-masing
kita faham kerenah masing-masing
kita sudah lali dengan ego masing-masing
kita cuba melengkapi satu sama lain
kamu semua beri kesan dalam hidup aku 
tanpa aku sedar dan kau sedar.




pesanan penaja : thank you guys and i love you all :D


Sunday, January 8, 2012

kekal lah

kekal lah
harap aku
untuk kali ini
bukan kau aku ragui 
tapi aku, hanya aku

kekal lah
jangan pergi
kau buat aku selesa
kau buat aku senyum
tapi
kau juga buat aku risau 
jika ini tidak kemana-mana

kekal lah
sabar dengan aku
faham kerenah aku
ingatan kau buat aku
jangan harap lebih mahupun kurang dari aku
aku cuma begini, hanya ini

kekal lah
begini dulu
tak lebih 
tapi tak juga kurang
cukup-cukup ini saja, dulu

kekal lah
doa aku
doa kau
doa mereka
yang sama-sama bahagia 
tika kita mula bahagia



p/s : untuk kau dan juga sahabat-sahabat, terima kasih ye :)



08012012 (sun) 01:46
PP,S.Alam

Wednesday, January 4, 2012

It's already 2012 ?

Rasa baru je aku sambut birthday yang ke - tetttt AHAHA .. tapi sekarang kalau orang tanya umur, aku dah kena jawab tettt .. its unfair ! haha ..

Ok usia dah menjangkau dewasa. harap pemikiran, penilaian, pertimbangan juga setaraf dengan kematangan usia aku kini. Seriously, masa sangat cepat berdetik .. padahal sama je macam mula-mula dunia ni wujud. 1 jam masih lagi bersamaan 60 minit dan seminit sama dengan 60 saat tapi rasa berdetik jam tu tak sama masa aku umur 6 tahun, masa ayah aku masih menggenggam dan memimpin aku berjalan, masa aku tunggu nak makan masakan mak masa buka puasa. Tak macam dulu lagi. Aku dah besar ? haha .. ye aku sekarang dah 24 tahun. Ramai jugak kawan-kawan yang dah jumpa dan menikahi pemilik tulang rusuk kiri mereka dan ada yang sudah menjadi tulang rusuk kiri terbaik buat pasangan masing-masing. Aku ? masih belajar, masih mencari ilmu selagi mampu.

Meniti usia nampak mudah tapi tak mudah. Kadang-kadang aku rasa aku macam tak belajar apa-apa padahal ada sesuatu yang aku belajar. Dalam sedar dan tak sedar.

Macammana nak hargai
Macammana nak sayangi
Macammana nak pelihara
Macammana nak jaga

Semua aku dah dan sedang belajar. aku harap aku jaga apa yang pernah aku pelajari selama 23 tahun 2 bulan aku hidup atas bumi Allah ni.

Aku cuma nak hargai
Apa yang sedang aku miliki
Apa yang pernah aku miliki
dan apa yang bakal aku miliki


Nikmat - Rezeki, makanan, minuman, duit, umur yang masih muda, tenaga yang masih kuat, agama, minda yang sihat.
Sekeliling - Keluarga, sahabat, kawan, sekalipun musuh (yang aku harapkan tiada),pendidik, alam, waktu.


Terima kasih atas SEGALANYA Ya Rabb yang sentiasa memerhati tiap inci langkah sama ada benar atau silap.


Terima mak ayah kaklong abang adik
atas kasih sayang, susah senang, penghargaan
atas penerimaan kalian walau macammana palat pun kakngah
atas nasihat, teguran, pandangan, dan herdikan marah kalian.


Terima kasih sahabat dan kawan dari sejak aku kenal apa itu kawan sampai sekarang
tak jemu berkawan dan bersahabat dengan perempuan ini.
tak jemu menghiburkan hati ketika duka dan parut mencalit hati
tak jemu berada di sisi saat aku rapuh


Terima kasih sebab pada sesiapa saja yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap sebab tiap seseorang yang datang pasti dan ada meninggalkan kesan dalam diri aku dan menjadikan aku seperti sekarang. Kental.

Kau pun mesti menghargai orang walaupun sekecil-kecil bantuan dihulurkan cuma perlu ucapan terima kasih.
Tak susah kan ?






04 Jan 2012 (W)
 03:17am
PP,S.A