Saturday, June 25, 2011

apa kau rasa

Jangan simpan dalam gelap,
takkan ada yang akan nampak,
walaupun guna mata,
mungkin tersepak di kaki,
perit rasa sampai ke hati,
malangnya bukan orang lain yang terkena,
engkau balik juga yang terkena,
sebab simpan apa kau rasa,
dalam gelap.


10062011
12:30am

Wednesday, June 22, 2011

titipan khas buat NBJ yang jauh dari pandangan

Setiap kali mata jatuh mendarat di wajahmu
Semakin tinggi nilaimu padaku
Apalagi mengenangsusah senangmu
Menjadikan aku seorang manusia yang menghargai kehidupan.

Terima kasih,
kerana menjadi seakan harimau garang padaku,
kerana menjadi seakan ular yang mematuk setiap salah langkahku,
kerana menjadi seakan kucing manja membelaiku,
kerana menjadi seakan ketam yang tak jemu mendidik perilaku ku.

Tak mungkin ada dua dirimu,
Tak mungkin berpengganti dirimu,
Tak mungkin hilang cucuran kasihmu padaku,
kerana hanya kau satu, Nbj ..


P/s : walaupun hari bapa dah lepas tapi aku nak post jugak 'surat cinta' ni kat ayah aku =))

Saturday, June 11, 2011

aduhai ... kawan??

Akhirnya setelah 6 bulan lamanya, kau remove jugak aku dari senarai kawan (baca: friends list) dari muka buku kau. Nak tunggu aku remove memang taklah, sebab aku ni berbudi bahasa. Kah kah kah. Jadi aku percaya kau sudah move on walaupun aku dah bergerak ke depan lebih awal dari kau.

Thank you because let me had a friend like hell YOU . haha.



p/s; sebelum aku terlupa, apakata kau kerat dua baju polo kau tu.kan ade SHARE aku kat situ. sanggup ?







Friday, June 10, 2011

TUTUR BICARA

Tutur bicara mampu menghujani seluruh pemilik wajah dengan tangis 

Tangis gembira,
Tangis sedih sendu, atau 
Tangis pedih menghiris.

Jadi, pilih tangis mana mahu kau dengarkan dari telinga yang memperdengarkan tutur bicaramu itu .