Tuesday, February 8, 2011

yeay yeay balik kampung ..

3hb februari 2011 

gong xi fa cai untuk semua kawan-kawan aku yang berbangsa cina .
normal lah bila public holiday jatuh masa hari khamis jumaat memang ramai yang ambil kesempatan nak balik kampung sebab boleh sambung sampai sabtu ahad .  termasuk lah keluarga aku juga. seronok kan dapat cuti lama .

hari tu aku bangun awal .dah lama kot tak bangun awal macam tu . haha . macam gayat pulak rasa suasana pagi . tujuan aku bangun awal hari tu sebab nak balik kampung  . pagi tu juga adik aku sampai rumah dari DQ pukul 2 pagi sebab stuck dalam jam kat kl . aku ingat nak tunggu tapi aku mengantuk , jadi aku tidur .haha . Adik aku yang lagi sorang tu, aizat la tunggu .

ok , lepas tu kami bersiap pukul 7.30 pagi kami bertolak dari melaka menuju kuantan . dalam kereta aku tidur . hehe . ala yang lain pun tidur gak ape . bukan aku sorang je :)) elok aku tengah sedap tidur , aku terjaga sebab kereta berhenti . aku bangun tengok kiri kanan . kat mana ni ? kenapa ayah berhenti ? kenapa banyak kereta parking tepi pulak ni ? dengan muka pisat-pisat aku tanya ayah dengan mak , nape yah ? ayah jawab , banjir kat depan tu . air penuh , takleh nak lalu . aku gelabah , habis macammana nak balik kuantan ni . hehe tipu je , rekaan ! haha . ayah adik dengan abang keluar nak pergi tengok kat depan tu , aku pun nak jugak jadi busybody , aku pun ikut sekali .

tu dia ! penuh air kat kampung makcik . haha






 

ni nama tempat yang banjir tu .

macam-macam gelagat jugak aku dapat tengok . 

seronok budak-budak main air.
yeay dapat tangkap ikan comel :)
pemerhati . siap boleh lepak makan kat kedai makan belakang tu lagi .
penantian
usaha
kawalan keselamatan
situasi
pemandangan semasa

lepas tu terpaksalah kami cari alternatif lain untuk sampai ke kuantan . jadi ayah adalah buat edisi siasat dengan orang kampung situ .

diskusi ikhtiar

lepas dah berdiskusi , ayah kata kita patah balik lalu bahau , temerloh lepas tu masuk highway . senang . confirm tak banjir . aku ikut je lah . tengahari tu singgah makan kat temerloh . terbaik masakan mak cik tu ! terima kasih buat saya kenyang dengan lauk ikan patin dan ayam masak merah . pergh ! licin seyh pinggan kitaorang .

dah kenyang , kami teruskan perjalan .
dari jam 7.30 pagi , akhirnya jam 3 petang camtu lah kami selamat tiba depan rumah arwah wan . pon pon !
selalu perjalanan yang hanya memakan masa krang dari 5 jam dah jadi makan masa 8jam . kematu aku . haha.

jadi selamat berhujung minggu semua.


No comments:

Post a Comment