Tuesday, April 19, 2011

fucked up !

Aku patut rasa beruntung.


Kenapa aku kata macam tu?
Sebab bila aku baca kisah orang ter- fucked up (terfaktab - ini cilok) dengan manusia yang mempunyai DNA yang sama buat aku sedar. Bukanlah maksud aku tak pernah rasa terfaktab, cuma situasinya dengan orang yang berlainan DNA dengan aku. Alhamdulillah , aku masih boleh mengatasi semua tu dengan adanya kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa ada di sepanjang perjalanan.


Aku ingatkan kisah ibu bapa bencikan anak sendiri atau tidak langsung mempedulikan mereka hanya terlayar di layar skrin sahaja. Tak kira lah Astro Prima, Media Prima mahupun RadioTelevisen Malaysia. Kesian. Apalah yang ada di pangkal otak mereka ye. Aku nak tahu.


Apapun, terima kasih atas kasih sayang, didikan dan dorongan buat kesayangan-kesayangan.


Buat yang terfaktab dan masih terfaktab , Insyaallah sinar untuk kau ada. kau cuma perlu meniti jam yang berdetik dan tabah menunggu.




No comments:

Post a Comment